Kata Kata Aluan drp...
PENGERUSI PONDOK HIDAYATULLAH







Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT, yang semestinya kita mensyukuri segala nikmat yang besar mahupun yang kecil, ucapan selawat dan kesejahteraan kepada Nabi Junjungan serta keluarganya, shabat-sahabatnya radiaullah ajmain. Terlebih dahulu saya mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana merealisasikan penubuhan Pondok Pengajian Ilmu-Ilmu Islam dan Bahasa Arab dan tempat beribadah yang sudah pun berjalan pengajaran dan pembelajarannya hampir lima tahun setelah dimulakan pada 14 Jun 2009, didalam keadaan infrastruktur yang serba kekurangan dan kewangan yang terbatas. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK Persatuan Jami’yyah Raudhoh As Solihin yang bertungkus-lumus menyumbangkan tenaga, buah fikiran, kewangan dan masa serta penderma-penderma dan penyumbang-penyumbang yang budiman dari bentuk kewangan, barangan dan makanan , hanya Allah SWT sahaja yang membalas segala sumbangan mereka. Cita-cita dan harapan, demi untuk perkembangan dan pengekalan sistem pondok yang telah lama berada dan menyumbang dipersada ilmu di Negara kita, disamping semesti ianya berubah bagi mengikuti perubahan zaman dengan mengekalkan sistem tradisi yang diwarisi, dengan ini kami menyediakan profil bagi memperkenalkan kami, tujuan dan hasrat kami didalam menyediakan sebuah Kompleks Pendidikan Pondok yang lengkap, selesa dan teratur bagi Umat Islam umumnya, para pelajar agama dan tahfiz, warga emas, golongan miskin dan Anak yatim serta mualaf. Saya sebagai Pengerusi dan Mudir Persatuan ini yang mentadbir urus Pondok ini, terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menatap, apatah lagi menyumbang, semoga Allah SWT sahaja yang menerima segala niat dan amalan kita yang ikhlas untuk bekalan akhirat yang pada hari itu tiada memberi manfaat harta benda dan anak pinak, pangkat dan kedudukan, melainkan keredhaan dari Tuhan yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.


 Yang Benar 

Ustaz Hamid Hassan Pengerusi / Mudir 
Pondok Hidayatullah Batu 8 Lekir Sitiawan,Perak.









Latar Belakang
PENGERUSI PONDOK HIDAYATULLAH








Hamid b. Hassan, anak kelahiran Kg. Bharu (L), Ayer Tawar Perak, mendapat pendidikan di SK Kg Bharu (L) seterusnya ke SMJK Methodist ACS Sitiawan sehigga ke Tingkatan 5 dalam aliran Sains, mula belajar ilmu-ilmu agama dan B. Arab di Maahad Tarbiah Al Ansar, Kuala Selangor  Arribatul Ta’lim selama 2 tahun  dan menyambung pengajian ke Pondok Al Latifiah di Pengkalan Hulu Perak di bawah bimbingan Tuan Guru Datuk Paduka Hj Abd Latif b. Hj Abd Rahman (PakTeh) selama 4 tahun seterusnya menyambung pengajian di peringkat  university di Damsyik, Syria di bidang Syariah di bawah bimbingan Alalamah  Dr Prof. Sheik Mohamed Abdul Allatief Salleh AlFarfoury AlMujaddiy AlHasaniy tokoh ulamak dan sufi, juga seorang mursyid dan pembimbing sampai sekarang.

Pengalaman bekerja. Pernah berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maahad
An Nuriah Ad Diniah Sg Udang Melaka selama 8 tahun, dan menjadi Mudir di Madrasah Manabiul Ulum Batu 10 Lekir Sitiawan Perak seterusnya Pengerusi Ahli Lembaga Persatuan Jami’yyah serta Mudir di Pondok Hidayatullah sehingga sekarang, disamping itu beliau berkhidmat sebagai Naib Khadi di dalam Daerah Manjung Perak.




>> Lokasi